Ahad, 23 Ogos 2009

Isnin, 20 Julai 2009

Keusahawanan tugasan 1

  • Definisi usahawan.
definisi keusahawanan merupakan kombinasi pelbagai idea, kerja keras dan penyelarasan terhadap perubahanan pasaran bisnes. Ia juga menggambarkan memenuhi permintaan pasaran dan pengurusan.

Secara ringkasnya, seorang usahawan adalah individu – lelaki atau wanita – yang boleh mengambil idea kepada inovasi dan sebagai produk deripada latar belakang social dan ekonomi mereka, dan juga berupaya mengeluarkannya terhadap permintaan daripada umum, kerajaan atau malahan pihak ketenteraan.

Mereka memiliki kebolehan untuk mengatur ramai orang dan banyak tugas pada satu masa yang diberikan. Mereka seorang yang suka mencipta, boleh mengatur sumber-sumber, boleh mengatur orang lain, boleh menguruskan masa, keperluan, kehendak, wang orang lain dan lain-lain lagi, boleh mengambil peluang yang ada sedangkan orang lain tidak, boleh menerima tahap risiko tertentu, pengambil risiko dan kurang mengalah disebabkan penentangan pendapat daripada orang lain terhadap idea inovatif mereka.









Ciri-ciri keusahawanan

*Untuk menjadi usahawan yang cemerlang, seseorang itu perlu melengkapkan diri dengan beberapa ciri tertentu. Ciri utama ialah memastikan mereka mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang bidang perniagaan yang diceburi. Ini bermakna usahawan perlu berusaha mendapatkan semua maklumat yang perlu mengenai perniagaan yang menjadi pilihan mereka. Pemilihan bidang perniagaan tidak boleh dilakukan secara ikut-ikutan sahaja, iaitu mengikuti perniagaan orang lain yang berjaya tanpa mengetahui selok-belok bidang tersebut. Kejayaan orang lain dalam sesuatu bidang perniagaan tidak bererti kita juga akan berjaya dalam bidang yang sama. Kita perlu tahu beberapa perkara asas tentang bidang perniagaan yang dipilih seperti berikut:

*Maklumat mengenai produk atau perkhidmatan yang hendak ditawarkan.
*Maklumat pasaran yang disasarkan.
*Maklumat mengenai persaingan.
*Maklumat mengenai bekalan dan pengeluaran.
*Struktur kos, penetapan harga dan kadar keuntungan.
*Kelakuan-kelakuan tertentu dalam industri yang diceburi.

Selain dari pengetahuan yang mendalam tentang bidang perniagaan yang dipilih, usahawan juga perlu mempunyai beberapa ciri peribadi yang merupakan ciri-ciri utama keusahawanan. Kita tidak nampak bagaimana seseorang usahawan akan berjaya tanpa ciri-ciri seperti berikut:
Komitmen yang tinggi dan sanggup bekerja kuat.

*Jujur dan ikhlas.
*Berdaya kreatif.
*Mahir berkomunikasi.
*Berani menanggung risiko.
*Bijak membuat penilaian dan keputusan.